Anda minat dengan World Wrestling Entertainment...
WWE..??
Saya pun minat juga dengan rancangan ini. Kadang-kadang setiap perkembangan dalan dunia gusti ingin saya ketahui juga. Sekiranya penggusti yang saya minati akan bermain pada masa tersebut saya pasti akan tonton sehingga habis. Lebih-lebih dalam perebutan gelaran juara. Pastinya saya akan menonotn rancangan
WWE sehingga penghujungnya.
Mungkin ramai di luar sana yang tak suka menonton rancangan
WWE, tetapi saya dari dulu lagi memang dah menonton rancangan, sejak masih berada di Sabah lagi. Bersama-sama dengan saudar-saudara yang lain, dengan kawan-kawan yang lain. Mesti tidak akan pernah terlepas setiap episod rancangan tersebut.
Saya masih teringat dulu, semasa di Sabah, masa sekolah dulu, selepas tamat masa persekolahan, saya terus ke Pekan Tamparuli hanya untuk duduk di kedai mamak yang akan menayangkan rancangan ini setiap hari. Kadang-kadang dengan kawan-kawan sekolah yang lain. Memang seronoklah...hehehe..