(Sekadar gambar hiasan)
Dalam kehidupan kita di dunia realiti sekarang ini, kita seringkali terlepas pandang atau pun tak tahu langsung bahawa kita sedang dipergunakan atau diperalatkan oleh individu-individu yang bijak akal fikirannya. Sama ada suka atau tidak, percaya atau tidak, kebanyakan kita di jadikan promoter yang tidak bergaji oleh beberapa syarikat-syarikat besar untuk memajukan perniagaan mereka.
Mengapa harus begini dan bagaimana ia berlaku??...
Memang tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Dan hari ini biar saya bongkarkan kepada anda semua agar kita dapat mengurangkan kerjaya promoter tak bergaji kita ini.
Terus terang saya katakan, kita memang tidak boleh lari daripada jadi promoter sambilan ini. Tapi kadang-kadang ianya menguntungkan kedua belah pihak tetapi lebih banyak memberikan keuntungan kepada syarikat/ individu tertentu. Kita hanya mampu mengurangkannya. Sedihnya... Tapi kalau ianya memberikan kebaikan kepada kita itu memang lebih baik bukan. Mari kita bongkar bersama...dan ini hanya sekadar perkongsian bukan untuk memburuk-burukkan sesesiapa.
Bagaimana kita boleh terjebak untuk menjadi promoter tak bergaji ni..??
Pernah kamu pergi makan di McDonald kah...KFC kah..Burger King kah..? Kamu pernah nampak stiker dari restoran di atas...CEO lah...VIP lah...macam-macam lagi...Atau kamu mungkin salah seorang yang melekat stiker tersebut di cermin kereta kamu. Wah...cantik bukan...hehehe...Tunjukkan bahawa kita memang pelanggan tetap restoran tersebut. "Biar orang lain tahu bahawa saya memang VIP..."
Tapi kamu pasti tahu apa sebenarnya makna "VIP" tersebut bukan...?? Its NOT..'Very Important Person'...sori ya...hehehe...ianya,...seperti "Very Idiot Person"...hehehe..ok ke ok??
Saya bukannya bermaksud memburuk-burukkan McDonald atau mana-mana syarikat tertentu,..tetapi cuba kita lihat bagaimana mereka mempergunakan kita untuk menjadi promoter kepada bisnes mereka tanpa kita sedari,...kita membawa iklan mereka ke mana sahaja kita berada,..tapi apa yang kita dapat??
Oleh itu,..tak perlulah jadi promoter tak bergaji,...kalau boleh kurangkanlah menjadi promoter tak bergaji..kerna memang kita tidak lari daripada mempromosi bisnes orang kepada orang di sekeliling kita,..Contohnya, kita memakai pakaian yang cantik dengan jenama yang terkenal seperti Levi's, Lee, Adidas, Nike, etc...kita sebenarnya secara tak sengaja mempromosi jenama tersebut. Bukan pakaian sahaja malah benda yang kita guna hari juga...kasut, jam tangan, minyak wangi, kereta, dan sebagainya.
Kita nak lari daripada jadi promoter sambilan yang tak bergaji ni memang susah sekali. Nak tak nak,..kita terpaksa terima. Tapi kita hanya mampu kurangkannya.
Bagaimana??
Soalan ni yang pertama saya tanya pada diri saya sendiri bila saya tahu bahawa kita secara sengaja mempromosi bisnes orang lain sedangkan kita hanya mendapat faedah yang sedikit daripada 'kerja' sebagai 'promoter tak bergaji'..malah kadang-kadang tiada langsung pulangannya.
Memandangkan dah tersurat bahawa kita tidak dapat lari daripada promosi bisnes orang lain, saya cuba mencari cara untuk mengurangkannya. Berikut adalah beberapa cara yang saya gunakan;
1. Menjalankan bisnes sendiri
Daripada kita mempromosi bisnes orang lain lebih baik kita promosi bisnes kita sendiri. Sebagai contohnya, saya menjadi ejen jualan langsung yang menjual produk yang biasa saya gunakan seperti sabun atau kopi.
Saya ambil contoh kopi. Apabila kawan-kawan saya datang ke rumah saya, saya akan hidangkan mereka dengan kopi yang saya jual melalui syarikat yang naungi. So, bila mereka rasakan kopi tersebut sedap dan belum pernah mereka rasakan sebelum ini, pasti mereka akan bertanya di mana saya membeli,bukan?..Ini lah peluang saya untuk promosi bisnes yang saya jalankan.
Saya akan menjawab yang saya membeli dengan syarikat yang saya naungi. Tetapi harganya mahal sekiranya mereka bukan ahli. Dan tak mungkin, sekiranya mereka rasakan kopi tersebut sedap rasanya, pasti mereka akan membelinya melalui saya kerana saya adalah ejen dalam syarikat kopi tersebut. Dan saya akan mendapat keuntungan di sini. Kalau mereka berminat untuk menjadi ejen seperti saya, itu adalah bonusnya.
Di luar sana pasti banyak lagi peluang yang boleh kita gunakan untuk mengaut keuntungan dari hasil kerja promoter sambilan yang kita buat secara tak sengaja. Kita bercerita dengan kawan, kita sedang promosi bisnes orang lain. Tapi bila sudah mempunyai bisnes sendiri ataupun sudah menjadi ejen dalam sesebuah syarikat, pasti tidak akan rugi.
2.Kurangkan bercerita tentang bisnes orang lain yang tidak mendatangkan keuntungan pada kita.
Memang kita ni hanya insan biasa. Kita tak lari daripada berkongsikan sesuatu dengan kawan kita. Tak kira di mana saja. Lebih-lebih lagi dalam waktu-waktu tertentu.
Sebagai contoh, dalam satu pesta keramaian. Kita hadir dengan pakaian yang cantik, minyak wangi yang berjenama,...biasalah nak tunjuk hensem atau cantik...hehehe.. Mungkin ada yang tertarik dengan pakaian atau bau minyak wangi atau beg tangan (bagi perempuan) yang kamu pakai. Pasti akan bertanya dengan kamu, di mana kamu membelinya. Kamu pula dengan megahnya bercerita yang kamu membelinya di kedai/syarikat XYZ. Dalam kamu tidak sedari, kamu sudah mempromosikan syarikat XYZ.
Tapi tak salah kalau bercerita bisnes orang yang kita kenali atau yang telah memberi manfaat kepada kita. Tapi tak perlulah lebih, cukup sekadar cerita pendek sahaja. Ni, siap bagi alamat kedai tersebut lagi..hehehe..kalau empunya kedai tersebut adalah kenalan rapat kita,..itu tidak mengapa,..ni yang tidak ada kaitan dengan kita...ermmm...lebih baik tak payah.. (' ',)...
3. Kurangkan memakai atau menggunakan sesuatu benda yang mempunyai logo syarikat pengeluaran yang besar.
Ya, memang kadang-kadang, gambar-gambar atau logo-logo sesuatu syarikat tertentu menarik perhatian para pelanggannya. Seperti jenama pakaian, lukis pada pakaian, corak, gambar atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment