HidupKu InspirasiKu

(' ',)...SELAMAT DATANG ke laman blog HidupKu InspirasiKu. Sekadar perkongsian bukan menjanjikan kejayaan dalam hidup.

Wednesday, August 24, 2016

10 Tip Bekerjasama Dengan Rakan Kongsi Agar Sama-Sama Untung Dan Senang10 Tip Bekerjasama Dengan Rakan Kongsi Agar Sama-Sama Untung Dan Senang


15 tahun lepas, Tony resign dari Warner Music. Sekarang dia berjaya membawa AirAsia menjadi lebih hebat daripada syarikat yang dia makan gaji dahulu.

Untuk last quarter, Warner Music memperoleh RM12 juta. Manakala AirAsia memperoleh RM209 juta. So, apa yang kita dapat belajar?

Kejar impian kita. Capai impian kita. Tiada yang mustahil.


Oh ya, kalau anda nak tahu, AirAsia berjaya kerana ada partner sahabat yang menyokong Tony dalam usaha menaikkan jenama tersebut. Dia adalah Kamaruddin Meranum. Merangkap Chairman AirAsia Group.

Apa yang kita dapat belajar disini?

Dalam membangunkan bisnes, kita tak dapat berjaya seorang diri. Pasti ada partner yang menyokong kita. Partner dan kita ada kelebihan masing-masing.

Jangan sesekali tikam partner dari belakang. Jangan nak kaya sorang-sorang. Agihkan keuntungan bersama rakan partner.

Ini tidak, sales tak cecah 1 juta lagi dah cuba sailang partner. Mula claim dia seorang developed that business. Langsung tak hargai partner.

Tengok AirAsia, income RM209 juta bagi one quarter rilek saja, tak ada isu sailang-sailang partner.

For you guys, belajar ber-partner. Nak berjaya tak boleh sorang-sorang. JANGAN TAMAK.

Saya nampak ramai yang tidak berapa mahir dalam ilmu ber-partner. Disebabkan tidak mahir inilah ramai usahawan bergerak solo.

Tidak salah untuk bergerak solo, tetapi bagi saya ia macam memenatkan. Ya lah, semua perkara kita kena buat. Dan paling mustahak kita tidak sempat nak fikir dan buat kerja-kerja yang membangunkan bisnes berkenaan.

Disini saya nak share kepada anda tip-tip dalam ber-partner.

1. Jangan buat keputusan secara solo. Minta pendapat partner. 2 otak lebih baik dari satu otak. 3 otak lebih baik dari 2 otak.

2. Jangan sesekali menganggap kejayaan bisnes itu adalah daripada anda seorang sahaja. Di sini anda menidakkan usaha partner anda.

3. Jangan penuhkan perut dan nafsu anda seorang sahaja. Kongsikan dengan partner.

4. Jika partner anda tidak buat kerja, bincang dengan dia sebab apa dia jadi macam itu. Jangan terus ‘kick’ dia dari group WhatApps anda.

5. Be professional.

Jika tak sekepala dengan partner anda, jangan kutuk partner anda depan rakan-rakan anda yang lain. Kelak rakan anda akan sampaikan juga kepada partner anda yang dikutuk. Kesannya sangat teruk.

6. Biasanya perpecahan berlaku disebabkan oleh duit. Kerana duit, hilang kawan pun tak apa. Jadi sebelum mula projek bisnes, buat hitam putih dengan jelas. Kena jelas duit income dibelanjakan ke mana.

7. Ambil gaji. Buat slip gaji untuk partner dan juga kita. Jangan main suka hati ambil duit syarikat.

8. Partner anda seorang manusia. Pasti ada perasaan dengki dan cemburu terhadap kejayaan anda. Langkah terbaik nak atasinya, bawa rakan partner anda berjaya seperti anda.

| The good leader, creates more leader.

9. Jangan tamak. Ini point paling penting. Tamaklah menyebabkan bisnes kita tak berkembang. Ingat, sebatang pokok getah tidak menjadikan ia estate.

10. Belajar mengalah dengan partner.

Kalah tidak semestinya kalah. Kena banyak bertolak ansur. Mengalah ini mungkin dalam term profit sharing. Tidak mengapa, projek A anda dapat 49%, next projek mungkin projek B anda pula dapat 51%. Yang penting semua untung maaaa.

Kalau anda baca post pasal kisah abang Porsche, macam mana Nazri tu dapat bina 12 syarikat, itu semua daripada kejayaan seni ber-partner. Yang penting JANGAN TAMAK.

Ulang sekali lagi, JANGAN TAMAK.

Jika nampak 2 gunung emas, jangan kalut. Bahagikan sama adil dengan partner. Dan selepas itu usaha bersama-sama lagi untuk mencari gunung emas ketiga.

Ditulis Oleh:
Pengasas Mesotropin



Credits: The Vocket

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It