HidupKu InspirasiKu

(' ',)...SELAMAT DATANG ke laman blog HidupKu InspirasiKu. Sekadar perkongsian bukan menjanjikan kejayaan dalam hidup.

Wednesday, May 16, 2012

Jutawan Tokek

Betul ke jual Tokek ja boleh jadi Jutawan??...


Ni pertanyaan yang pertama keluar dari fikiran saya bila kawan katakan bahawa jual Tokek ja boleh dapat ribu-ribu malah ratusan ribu,...kalau rezeki boleh mencecah JUTAAN RINGGIT!!!

Wah,...biar betul ni..

Oleh kerana saya kurang pasti dengan harga tokek...seperti yang kawan katakan...saya pun terus buat carian kat internet.

Fuhh...!! Memang seperti yang didakwah oleh kawan tu,..adalah benar...patutlah kawan saya ni beria-ia mahu menjual tokek adiknya tu...

Ini adalah harga tokek yang terbaik yang saya dapat cari dalam pencarian saya : Harry dari carigold forum.

  1. 400 gram = RM1.5 juta
  2. 500 gram = RM5 juta
  3. 600 gram = RM7.5 juta
  4. 700 gram = RM10 juta
  5. 800 gram = RM12.5 juta
  6. 900 gram = RM17.5 juta
(klik gambar untuk besarkan gambar)

Itu yang termahal yang saya dapat. Tetapi mungkin ianya berlainan dan ianya pasti berubah mengikut keadaan semasa. Saya tak pasti harga yang terkini.

Mungkin ada di antara kamu yang bertanya apa itu Tokek?? Kenapa ianya mahal sangat?? Apa kegunaannya? Tokek?? Apa tu??


Nilah Tokek. Sama seperti cicak. Ada juga sebutan lain dengan nama Tekek. Dalam bahasa lain pula Tokay Gecko. Dikatakan Tokek ini adalah digunakan untuk mengubati HIV / AIDS.

“Yang berfungsi bisa mengobati AIDS pada tokek ini adalah terletak pada lidahnya. Namun itupun berat tokeknya harus di atas 3 ons dan masih keadaan hidup. Namun bagaimana caranya mengemasnya menjadi obat AIDS ini adalah pada penampung dan peramunya. ….- okezone.com
Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut. Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris). – Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It