HidupKu InspirasiKu

(' ',)...SELAMAT DATANG ke laman blog HidupKu InspirasiKu. Sekadar perkongsian bukan menjanjikan kejayaan dalam hidup.

Sepatah Kata Dari Admin

Salam semua,

Hidup ini penuh dengan pelbagai suasana, keadaan dan rupa bentuknya. Begitu juga pengajaran yang kita dapat melalui kehidupan sebenar.

Mungkin ramai antara kita yang tak tahu bahawa kehidupan sebenar adalah 'guru' yang terbaik untuk mencapai cita-cita atau impian dalam hidup kita. Tidak kurang juga yang tahu...tetapi kebanyakkannya tidak tahu.

Sebagai contoh, ramai yang takut akan kegagalan, oleh itu ramai yang takut memulakan sesuatu perkara ataupun melakukannya semula kerana takut gagal lagi. Sedar tak sedar, kegagalan adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita. Yang penting kita tidak pernah berhenti berusaha, tak mudah putus asa, dan tak pernah berhenti belajar, tak kira perkara baru atau perkara lama.

Dan ini berita baik untuk kita semua,..kita dilahirkan memang untuk berjaya, sebagai seorang JUARA.

Dari berjuta-juta sperm hanya 1 sahaja yang tersenyawa...itu adalah kamu, yang kini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha-kuasa. Malah setelah kamu dilahirkan, kamu bukan terus boleh berdiri dan berlari tetapi meranggkak dahulu. Kemudian, mula berdiri dan belajar berjalan. Tapi ia perlu melalui kegagalan juga. Berdiri jatuh. Berdiri jatuh lagi. Berdiri lagi tapi jatuh lagi. Tapi kamu tak pernah putus asa.

Cuba kamu bayangkan sekiranya kamu berhenti dan putus asa. Tidak mahu berdiri lagi kerna takut jatuh. Adakah kamu boleh berjalan seperti sekarang?
Bolehkah berlari seperti sekarang?
Tentu tidak sekali, bukan. So, bergembira kerana kamu memang seorang JUARA.

Berbalik kepada topik utama. Laman blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsikan inspirasi-inspirasi yang saya alami dalam hidup saya sendiri atau pun orang lain. Tetapi lebih kepada penglihatan dan pendengaran saya sendiri. Sebab lain orang pasti lain caranya berfikir. Dan yang pastinya, semua tentang kehidupan di sekeliling kita semua.

Memang banyak yang dapat pelajari dari kehidupan sebenar yang kita lalui sekarang ini. Cuma dari kita sahaja, nak belajar atau tidak.

Dan saya nasihatkan,.."jangan pernah berhenti belajar, anda berhenti, anda pasti ketinggalan.."


Nikmatilah dan pelajari kehidupan sebenar untuk mencapai segala impian dan cita-cita dalam hidup anda. Anda tak rugi dan pasti beryukur kerana diberikan akal minda yang begitu berkuasa sekali.

So, teruskan pembacaan anda di laman blog saya ini yang memang hanya sekadar perkongsian bukan untuk menjamin kejayaan anda. You decide!!

Good luck dan semoga Tuhan memberkati kita semua... Sharing Is Caring.

Salam Ikhlas Dari,

Petrus Giun
- Admin -

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It